Saturday, 11 February 2012

Sampai terbawak ke mimpi


Holla. 
Rasanya korang dah baca tajuk atas tu kan. Aku buat tajuk macam tu sebab aku rindu sangat-sangat kat kawan aku yang sorang ni. Dah lama gila aku tak jumpa dia. Dia masuk asrama kat Gopeng. Dia ni jenis orang yang pandai, smart, lawa, memahami, baik.
Dia dah lah takda facebook and twitter. Kalau ada, takdalah aku rindu dia sampai terbawak-bawak ke mimpi. Entah bila lah aku dapat jumpa dia. Selamatlah aku ada number mak dia. Dia takda handphone. Mak dia tak bagi dia pakai handphone. Patutlah pun dia pandai. Untung dia. Dapat masuk asrama dengan kakak dia. Kalau ada apa-apa boleh tanya or bagitahu kakak dia. Kiranya, rezeki dialah tu.