Monday, 6 March 2017

F with F

Hii. Okay nak story pasal member keje. Nama dia Fauzan and kerja dia kat store. First day aku masuk keje, aku ingatkan dia ni macam tak suka kewujudan aku so aku duduk diam-diam jela dalam cashier tu. Last-last dia bersuara. Dia tanya nama, sekolah. Aku pun jawab jela. Then time aku balik rehat, dia cakap "Fitrah gi mana" dengan suara ala-ala manja dia. Aku pulak guna suara kasar "gi rehat" . Pastu time aku nak balik dia tanya "macam mana, ok tak ?" Aku cakap "okayla, cuma banyak item void" . Pastu dia senyum. Okay enough with first day. Okay the next day. Dia tak tegur aku langsung tau at first, aku cakap dalam hati "eh dia ni, tak tegur pun aku" last-last time dia datang letak bakul kat tepi cashier dia tegur "macam mana ? Ok? Ramai customer tak?" aku jawab "ok, tak ramai mana pun" . Pastu semalam aku paling tak boleh lupa. Like seriously aku boleh tersenyum sensorang bila ingat balik. Aku nak gi rehat, pastu dia daripada mana tah terus masuk store nak cari barcode katanya pastu dia tanya "fitrah nak gi mana" aku jawab ah "nak gi rehat le" . Pastu dia diam. Lepas aku rehat, dia pulak rehat. Time dia nak gi rehat tu, dia letak powerbank dia kat drawer cashier aku and suruh aku jaga "tengok jap tau. Tau" . Aku cakap "tak tau. Kenapa tak letak je kat store" . Pastu dia diam. Dia balik rehat terus dia datang kat cashier aku ambik barang dia and dia cakap "terima kasih" . Pastu malam camtu aku tengah kemas department aku, then kak sue ke sape ke suruh aku datang cashier nak tutup cashier. Kebetulan pulak Abang Mi lalu and dia pegang walkie talkie so aku dengar daripada dia la. Then aku nak dekat sampai kat cashier je, si Pojan ni muncul dia panggil "Darling" face to face kot. Hahahaha pastu dia malu blushing. Hahahaha padan muka. Dia cakap apa tau? Dia cakap "kak su suruh, kak su" . Pastu kak su cakap "haa, padan muka" kat Pojan. Dah tutup cashier pastu aku gi kemas department aku balik, then aku dengar kak su tanya Pojan "darling kamu mana?" pastu depa gelak gelak. Then Pojan kacau kak Iqah pastu kak Haziqah dengar la, then dia cakap "Pojan, dahla kacau dia tu, cuba kacau si Fitrah ni" aku cakap "haa berani ?" Pastu pojan cakap nak kacau boleh ? Aku jawab tak boleh. Dia dia cakap lagi "nak kacau esok boleh?" aku cakap "esok cuti" . Then Kak Haziqah cakap "esok nak gi mana dengan Pojan?" Aku jawab adalah. Pastu Pojan gelak. Pastu si Pojan ni dia ajak keluar main-main. Tengok dilwale bagai. Pastu aku cakap la, "alah, dilwale dah berapa tahun lepas. Tak up to date. Boleh jadi pakcik ni" Pastu dia diam. Then kak su panggil "Abang mi, jom" . Then Abang Mi lalu department aku then dia ajak "jom" then aku pun gi store. Aku ambik barang aku then time nak punchcard tu, aku tak tau yang si Pojan ni tak punchcard lagi tau. Then time aku ambik punchcard aku nak letak dalam mesin tu, Pojan potong. Pastu aku cakap "sabo". Pastu dia gelak gelak. Kak Ju cakap tak lama lagi makan nasi minyak ye Pojan. Then aku cakap nasi minyak hangit. Pastu Pojan pulak cakap nak minyak apa, minyak petrol.  Then siapa tah cakap, aish dia sweet-sweet pulak. Pastu Kak Ju cakap Pojan suka Fitrah ni. Haduyaii. Aku senyum jee. Pastu time aku nak keluar store aku dengar kak su suruh Pojan tutup lampu semua. Pojan tanya " tutup apa? " . Kak su jawab "tutup pintu hati awak". Then aku secara spontan tersebut "cia cia" . Pastu kak syahirah dengar, dia gelak. Then dalam lif. Kak Haziqah tanya aku esok gi mana ? Aku jawab la "pegi hati awak" pastu semua staff diy dalam lif tu gelak. Memang semalam staff diy je dalam lif tu. Then dia tanya lagi "esok nak gi mana dengan Pojan?" Aku cakap pe tah macam tak jelas. Then kak Haziqah cakap pegi kencing?  Aku dengar Pojan jawab "adalah" . Then aku jawab "pegi syurga". Then satu lif tu gelak. Aku tengok Azman, Azman tengok aku then dia tengok Pojan. Tau Pojan buat apa? Dia macam cakar dinding lif tu. Pastu kebetulan dah sampai ground floor, dia cepat cepat keluar dia sempat pandang aku, dia cakap haish. Then aku cakap dalam hati, haa nak buat pickup line lagi dengan aku. Haa ambik kau. Pastu siapa tah cakap kat Pojan "Laju nampak" . pastu dia senyum. Ni pulak time hari Ahad, aku cuti. Aku datang diy nak tengok jadual. Kebetulan pulak Pojan lalu. Aku panggil la, "Pojan" . Pastu dia reverse dia cakap "haa fitrah" .Aku cakap "kak syahirah ada dalam tak? Tolong tengok jadual aku esok boleh tak?" dia cakap "ada kot. Kejap eh, nak cari barcode" . Then dia lalu lagi dia cakap kejap eh. Then dia keluar store, dia bawak sekali microphone budak-budak tu, dia cakap esok noon. Aku cakap "noon? Oh ok. Kak syahirah ada?" dia jawab "ada" . Pastu kau tahu apa dia buat? Dia tala microphone tu kat aku dia cakap "ce nyanyi sikit" dah ah ada akak aku kat sebelah. Pastu aku cakap "haish budak ni" Then dia gelak-gelak . Pastu aku cakap okay thanks. Pastu aku story kat akak aku pasal dia, tau akak aku cakap apa ? Akak aku cakap "jodoh la tu" then aku cakap "amin, apa salahnya". Hahahahahahahaha